Friday 12 October 2012

Sejarah Jerawat

Assalamualaikum..

How are you today? Sihat? *Aceyh, ala-ala mat luthfi gitue* Actually Snis nak story pasal sejarah kegemilangan jerawat dekat atas muka Anis yang entah bila zaman kejatuhannya akan berlaku. Jerawat ni berlaku disebabkan olah ke-gedik-an Anis yang nak sangat pakai pencuci muka.

Pada suatu hari di bulan Ramadan yang indah pada tahun 2008. Lepas saja sahur, Anis, emak, and kakak Anis bersiap nak keluar. Pukul 6.30 pagi tu, Anis salam abah then lari naik atas kereta. Kitorang nak pergi shopping dekat Alor Setar Mall. Haaa, masuk je pacific, Anis cari clean&clear (C&C) facial wash. Masa tu. C&C ada product baru. Ala, pencuci muka warna pink tu. Haaa, yang itu la. (sila google). Anis takde jerawat lagi time tu. So, memang effect dia nothing la kan?

Lepas shopping terus balik rumah. Yela, bulan puasa mana boleh pergi makan-makan kan? Then, dekat rumah try pakai. Wahh, sangatlah suka. First time mencuci muka. Yela, kanak-kanak berusia 12 tahun yg membesar.

Tahun 2009, Anis dah form one. Yepii. Anis try Syahirah~ *suci &segar* Okay je. Takdelah jerawat bagi. Then tukar lagi kepada SyaSya. Pon okay je. Melangkah ke form two. Ada satu dua tiga empat jerawat naik. Tapi still under control. Waktu form two anis remai dengan SyaSya or Syahirah je. Pada bulan November, Anis masuk guardian. Anis pon membeli set OXY Anti Blemish Skincare for RM 27. Ada cleanser, toner, moisturiser and sunblock. Anis pakai tu sampai tahun 2011 means Anis dah masuk form 3. Bila kita pakai secara berterusan memanglah dia okay kan? Tapi, daripada kulit Anis yang jerawatnya normal tiba-tiba bertukar kepada tidak normal. Naik banyak sangat. Semua orang pun tegur. Korang tau tak betapa down-nya aku? SEDIH!

Jerawat Anis lebih kurang macam ni tapi bukanlah besar-besar
dekat hidung takde jerawat. Dagu ada 2,3 jerawat.


Satu hari, stok OXY Anis habis. Anis pergi Guardian. Sorang kakak ni cakap "Adik cuba pakai ni. Jerawat adik ni teruk sangat." Aku pun tengoklah produk dia. Produk berjenama Nano White. Dia pun explain dengan segala macam. Aku pun agguk je. Padahal tak faham pun kak oii. =="  malas nak fikir, ambil and bayar je. Lepas pakai tu, Masya-Allah lagi banyak jerawat membiak dekat atas muka ni. dengan busy nak PMR memang Anis tak kisah pasal jerawat-merawat ni. Biarkan ajelah. Then Anis tukar ke produk lain. Produk apa saya pun tak ingat.

Form four, Anis pakai pencuci muka Sebamed. Dengan set pimple-free sekali. Tapi, still sama. Try pulak Garnier 3-in-1. SUDAHLAH wahai jerawat. Anis berputus asa. Dah lali dengan semua ejekan tu. Anis try pakai Body Shop Vit E skin care. Alhamdulillah, berkesan. Disebabkan kapas habis, Anis tak boleh pakai toner. Anis stop pakai. So, cuci muka ajelah kan? Dekat-dekat nak raya tu Anis berhenti pakai and jerawat menyerbu wajah Anis. Sedih mak. One day, Anis masuk Guardian ( Guardian adalah main-sponsor entry ni. harap maklum). Aunty tu suruh Anis try Aiken. Terasa confident nak try pasal Aiken ni kan produk kulit. I pun grab and pay je la. Woo, okayla. but still takde effect sebab Anis beli cleanser aja. So lepas ni nak beli satu setlah. Cousin Anis pakai tea-tree oil menjadi. Harap-harap okaylah kan? So, mulai hari ni, saya bertekad untuk menjaga muka. :D
Kalau rajin tu comment la. Thanks.

Thursday 11 October 2012

Aku Suka Dia

Assalamualaikum.
credit:google


Tahu tak lagu Aku Suka Dia by Ainan Tasneem. Tu fav song Anis selepas lagu-lagu Korea yg lain. Lagu tu macam perfect story from A to Z. Dia jumpa, dia nak kenal, dia sembang, dia suka andd dia bahagia bersama.

Sweet kan? Hahhh, jealous tau tengok orang sweet-mweet (mweet pronounced as muweet) ni. Tapi, anis tak suka orang over. Tambah-tambah yang panggil boyfie dia pa @ ma. Its okay if they call pa @ ma when they texting, calling-calling or in private. Tapi kalau tengah-tengah public, rasa macam

Alaa, comel je budak ni.
Credit : google 
So, sweet-mweet tu tak salah. tapi berpada-padalah ya. Jangan sampai adik comel kat atas tu kasi 'lima' free. Haaaa,, kan adik kan? >,<

Masa Anis pergi Pouplar Bookstore hari tu, ada couple ni tengah dating. Anis tengah cari stok novel untuk stok bulanan. Diorang ni macam berdiri jauh-jauh. Kiranya boyfie berdiri dekat rak depan. Girl tu dekat belakang. Anis dekat tengah-tengah kira midpoint la.

Boyfie: Maa, novel ni macam best.
Girl: Alaa,ma dah beli buku tu bulan lepas la pa.
Boyfie:Iyeke?takpleah ma, kita cari yg lain

So fikirlah orang single macam aku yg terasa menyampahnyaaaa!



Kalau rajin tu comment la. Thanks.

Wednesday 10 October 2012

Biology, Pendidikan Islam and English


Assalamualaikum.

Hari ni 10.10.12 Anis ada final year exam. Actually start exam kelmarin lagi. Subject hari ni Biology paper 3, Pendidikan Islam paper 2, English paper 2. Ok, kita start dengan biology dulu. Anis palaing suka subjek Biology compare to Physics, Chemistry and add Maths. Paper 3 ni kira paper yg paling banyak menolong. Soalan satu pasal experiment methylene blue react with polluted water. Anis buat hypothesis:
The shorter time the taken for the methylene blue solution to decolorize, the more polluted the water sample.
 Haaa.. lebih kurang macam dekat atas tula. Then google-ing dapat answer tu. Alhamdulillah betul. Meyh nak share info. Time taken for methylene blue solution decolourised shorter when the water sample are more polluted. Students banyak confus whether the shorter the polluted or the longer the polluted. Punyalah berdebat dengan kawan-kawan, at last dapat answer.

Second question about planning experiment. Kitorang kena design experiment based on given materials. Alhamdulillah, naik yang Anis study. Energy value of a peanut butter cookies and a strawberry jam cookies. Soalan ni Anis ok la jugak. Cuma procedure tu ke-terabur-an banyak. One more, Anis salah bagi formula. Sepatutnya, takyah bagi pun. Tapi kita gedik. Kalau cikgu potong markah padan muka.


Pendidikan Islam pulak ratio boleh jawab to ratio takleh jawab ialah 40:60. Susah betul. Memang Anis tak study Pendidikan Islam sebab nak cover Biology. Waktu rehat selama 30 minitlah aku hafal segala hukum tajwid, hadis and ayat hafazan. Huhh, soalan tajwid, dua ja yang Anis confirm betul. Lain tu, tembak. Soalan-soalan lain tu pun entah betul entah tidak.

English lagi satu hal. Gila susah! Bebudak PMR cakap paper english diorang senang hari ni. Bebudak form Four semua garu kepala. Anis hentam ja. Summary pon punyalah payah. Hahhh, confirm cuti sekolah ni kena pergi kelas tambahan. Takpe, demi SPM 2013 dan demi cita-cita yg menggunung dan rasa cinta teringin nak study oversea, kita gagah berjuang jugak.

By the way, macam mana nak study chemistry? Anis tak faham langsung especially chapter 6 and 7. Ada kenal private tutor yg the best takk? Kita mesti cari cikgu yg banyak ilmu supaya cikgu tu boleh explain dekat kita dengan lebih baik. kan?



Kalau rajin tu comment la. Thanks.

Tuesday 9 October 2012

"Segmen : Follow and win RM50 by Eikyn Grinxs"


Assalamualaikum. Buat apa tu? Haaa, tengah makan ye? Hulur la sini sikit. >,<

Nampak tak banner kat atas tu? Tak nampak? Eloklah pergi ke mana-mana optemetris berdekatan untuk buat kaca mata ya. Actually, Anis join "Segmen : Follow and win RM50 by Eikyn Grinxs". Kau ade? Moh la kita join beramai-ramai. Nanti hadiah jadi double, triple, ber-lumayan nanti. Heuuuu~


Haaaa, OXYHAEMOGLOBIN Anis baru 5. Sedih tau! T_T Memandangkan Anis join segmen ni, harap-harap bertambah la ye. :D

Okay, sebelum yang terakhir, tag dua orang. Errr.. hai Nina Eina and Emas Putih. Kita tag awak. :D

Yang terakhir mestila kita komen kan? Ahaaaa, tu dah komen dah. cuba bukak :D ada kan? Alololo, sayang you olls.



Kalau rajin tu comment la. Thanks.

Tuesday 2 October 2012

Stalker

Actually Anis pon tengah stalk akaun someone yang tergolong dlm golongan my taste. Anis dah add dia but, orang tak cantik macam kita memang dia TAK APPPROVE.T___T Saborr la kan.. Then Anis notice this girl yang gila-gila suke dengan that guy tu. Okey, kita namakan guy tu as Mr.X and girl tu as Miss Y. This is not maths or add maths question so, keep calm and oppa gangnam style relax. :D

Miss Y post on Mr X facebook.


Mr. X ni someone yang famous or hot sentap stuff gitu. Miss Y ni pulak dia guna fake account kot. Hari-hari or at least in a week dia akan post on Mr X fb wall. Isn't that too desperate for a girl? Then dia siap wish birthday Mr X with those 'gediks' words. 

Kesimpulannya, Mr X terasa annoyed sekali by Miss Y. Kawan-kawan dia tanya siapa dia tu? Awek ke? Kesian kat Mr X.Namun.. aku terasa macam nak tepuk tangan pulak and then bawak pom pom nak sorak. Ye la, Mr X sombong sangat. Tapi, aku tak tahu duduk sebenar sesuatu perkara. Mungkin Miss Y tu girlfriend Mr X tapi menyamar sebab nak test market. Mana tahu kan?


Kalau rajin tu comment la. Thanks.