Sunday 30 September 2012

I Heart You (3)


“Miss Nia, can I help you?” sapa seorang pramugari bernama Linda. Terkejut juga bila pramugari tu tahu namanya, bila fikirkan balik, ni mungkin kelebihan atas tiket business class. Sempat dia melihat name tag pramugari yang begitu anggun di hadapannya itu. Kebaya yang dipakai menampakkan susuk tubuhnya yang ramping dan tinggi lampai itu. Mungkin dia tengok aku macam terkial-kial cari tempat duduk.
“Err.. I don’t think that I need your help, but.. can I change my place?” pramugari tu masih tersenyum. Dia meminta tiket yang aku pegang. Sejurus melihat tiket tersebut. Dia mencari tempat dudukku.
“I’m sorry. Today our flight is full with passengers. I’m sorry for your inconveniences Miss Nia.” pramugari tersebut menunduk hormat. Rasa serba salah pulak.
“Its okay. I yang cerewet and sorry sebab menyusahkan awak.”ujar Nia memandang pramugari itu.
“Never mind. My job.” Nia senyum memandangnya sebelum  melangkah ke tempat duduknya. Dapat seat tepi tingkap. Tempat kosong sebelah ni, entah lelaki entah perempuan yang duduk. Jangan kacau aku sudah la!
“This is your seat sir!” suara seorang pramugari. Alahai, passenger lelaki pulak tu.
“Thank you!” ujar lelaki tersebut. Cabin luggage diletakkan di atas. Kemudian, dia terus duduk di sebelah Nia. Boleh tahan juga orang sebelah ni. Ehh, bau perfume dia macam kenal je. Ohh, Gucci-Flora, sama dengan Eira. Muka pon manis aja, rambut panjang dia tak nampak macam buat rawatan. Nampak original straight and warna pun hitam asli.
Lamunan lelaki itu mati apabila Nia berdehem perlahan. Lelaki di sebelahnya begitu asyik memerhatikannya. Semua lelaki sama aje. Pantang nampak yang berdahi licin, semua nak kebas! Baik orang sebelah ni mahupun Faiz sama sahaja! Faiz?? Sudah lama dia tidak mempedulikan lelaki yang pernah mencuri hatinya suatu ketika dahulu. Mungkin tengah bahagia mengulit cinta bersama isterinya. Nia, tolong jangan ingat nama tu lagi. Buat sakit hati je!
“Err.. Miss, please fasten your seat belt. Our flight will depart a few minutes more.” tegur lelaki di sebelahnya. Nia memandang lelaki itu dengan wajah yang sombong. Dia tidak mengucapkan terima kasih, sebaliknya menjeling dan mengubah pandangannya kepada pramugari yang sibuk membuat demo.Nia ingin memandang tingkap tetapi dia membatalkan niatnya apabila dia mula berasa pening.
“Eh, sombongnya. Tak reti cakap terima kasih?” soalan lelaki di sebelahnya  tidak dijawab. Dia terus melayan perasaan yang semakin celaru. Dia begitu risau setiap kali kapal terbang akan berlepas dan mendarat. Sekiranya sudah berada di atas awan, ketakutan itu pasti hilang.
Kapal terbang mula meluncur laju di atas landasan sebelum terbang mencecah awan. Kepala yang mula terasa pusing dipicitnya perlahan. Terasa inertia begitu kuat sekali. Dalam waktu yang berdebar ni lah nak teringat mata pelajaran Fizik tentang INERTIA. Memang segala definisi inertia terus aku ingat. Orang sebelah dipandang. 'Relax-nya dia. Siap boleh baca buku lagi. Kalau aku jadi dia, memang aku muntah dah. Alahai Nia, muntah-muntah jangan sebut!' Beg tangan di atas riba digenggam erat. Matanya dipejam rapat.
Lelaki yang sibuk membaca buku itu berasa terganggu apabila Nia tiba-tiba bersuara kecil. Walaupun tidak kuat, tetapi bunyi itu macam menjerit. Dia memandang Nia. 'Laaa,patutla sombong semacam tadi. Takut rupanya!' Lelaki itu ketawa di dalam hati. Dia kembali menyambung bacaannya. Dia tidak pernah membaca buku itu sehinggalah dia terjumpa buku tersebut di dalam beg , ketika dia sibuk mengemas pakaiannya. Buku yang bertajuk Aviators in Early Hollwood ditulis oleh Shawna Kelly itu dibeli dari sebuah laman web dengan harga $19.99.
Lelaki tersebut tersentak apabila tangannya dicengkam kuat. Nia yang separuh sedar akan keadaan itu terus mencengkam lengan lelaki di sebelahnya. Terasa ingin menjerit ‘wahai encik Pilot, tolong landing sekarang. Pening dah kepala ni, macam nak tercabut otak’. Perasaan takut semakin membuak. Sehinggalah kapal terbang mula berlegar di awan biru dengan stabil. Dia membuka mata dan menghembuskan nafas kelegaan. Lelaki di sebelahnya terus memandang dia tanpa berkebil-kebil. Nia memandang lelaki itu dan melihat tangannya yang masih berada dia atas lengan lelaki itu. Tangannya ditarik.
“I’m sorry.” Ujar Nia perlahan. 'Adoi, malunya! Apa yang kau buat ni Nia?'
“Its okay. Sekarang rasa macam mana? Dah okey?” soal lelaki itu seolah-olah sudah tahu yang dia takut sebentar tadi.
“Err.. dah. Dah okay. Okay. Dah okay.” Jawan Nia tergagap-gagap. Perasaan takut diganti dengan perasaan gementar.
“Selalu kalau atas flight naik dengan ‘siapa’?” sengaja perkataan ‘siapa’ ditekannya untuk merjuk kepada seseorang yang istimewa.
“Err.. dengan family. I mean, my mom or my siblings.” ujar Nia sekadar berbahasa.Takkanlah nak bodoh sombong dengan lelaki tersebut setelah dia menyentuh lelaki itu sebentar tadi.
“Tidurlah. Nanti pening kepala tu hilangla. Tak ada apa yang perlu dirisaukan. Tahulah ‘pemandu’  kat depan tu nak bawak macam mana.” lelaki tersebut tersengih.Nia hanya membalas dengan senyuman nipis. Badannya disandarkan dengan lebih selesa. Tiba-tiba, handbag berjenama Coach hadiah dari abangnya ditarik. Nia memandang lelaki tersebut.
“Biar saya yang pegang. Dan saya tak berminat nak mencuri.” Ujar lelaki di sebelahnya. Lagipun, tidak logik sekiranya lelaki itu mahu mencuri barangannya. Tiba-tiba seorang pramugara menghampirinya dengan membawa sehelai selimut lalu menyapa dia dan menghulurkan selimut itu kepadanya. 'Beginikah layanan untuk tiket business class? Sungguh aku kagum dengan layanan yang diberikan oleh cabin crew.' Wajarlah syarikat penerbangan nombor satu negara ini mendapat taraf lima bintang. Walaupun harga yang diletakkan agak mahal, layanan yang diberikan bukan sahaja berbaloi malah sangat cemerlang. Sebelum pramugara itu berlalu, dia menunduk hormat kepada lelaki di sebelahnya. Mungkin lelaki di sebelahnya itu regular passenger atau dia anak VIP? Melihat gayanya, macam orang yang kena pergi outstation macam…. Aku!
Malas ingin memeningkan kepala yang sedia berdenyut, Nia menyelimut badannya. Kerusi diturunkan sedikit agar lebih selesa. In-Flight-Entertainment yang menyediakan pelbagai movie menarik tidak menarik minatnya. Sleeping mask dipakai. Beberapa minit melayan perasan, dia terlena. 

Kalau rajin tu comment la. Thanks.

No comments: