Sunday 30 September 2012

I Heart You (5)


CANTIKNYA! Pemandangan di hadapan begitu menarik matanya untuk terus melihat keindahan alam ciptaan-Nya. 'Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk melihat kebesaran-Mu.' Nia berjalan dengan perlahan. Flat shoes sudah lama ditanggalkan ketika dia memijak pasir. Risau kalau-kalau kasutnya dimasuki pasir. Kasut yang dihadiahkan oleh mama berjenama Jimmy Choo berwarna pearl peach itu merupakan hadiah ulang tahunnya yang ke-25.
Letih berjalan, dia menghampiri anak tangga untuk naik ke tebing. Kasutnya diletakkan di sebelah. Nia melabuhkan punggungnya dan membiarkan kakinya berjuntai.. Sesekali, dia menggoyang-goyangkan kakinya. Rambutnya yang panjang, diikat dengan getah rambut.
Lamunannya mati apabila iPhone di dalam handbag berdering. Nia menjawab panggilan. Rupa-rupanya abang yang yang menelefon. Esok, abang akan ke Kota Kinabalu. Mesyuarat tergempar oleh lembaga pengarah syarikatnya akan diadakan di hotel Le Meridien. Abang akan tiba di airport pada jam 3.30 petang esok sekiranya tiada aral yang melintang. Nia melihat jam di tangan. Dia bingkas bangun dan mengambil kasutnya sebelum berjalan pulang ke vilanya.Tiba-tiba mindanya teringat akan peristiwa di airport.
Sebaik sahaja dia berjalan keluar ke pintu utama airport, lelaki yang membuatkan hatinya membara itu memohon maaf.
“Saya minta maaf. Saya ni memang suka gurau kasar sikit.” Senyuman dilemparkan ke arah Nia. Nia menjeling lelaki itu. Dia hanya mengangguk. Malas nak bersuara.
“Saya Danial Lee bin Ruslan Lee. People call me Danny and I don’t mind if you want to call me Lee, Danial, Danial Lee or….. darling?” segaris senyuman nakal terukir di bibirnya. 'Patutlah putih semacam aja. Mesti mix Chinese.' Kaca matanya kini berganti dengan kaca mata hitam. Rambutnya yang disikat rapi ke arah kanan amat sesuai dengannya. Sememangnya lelaki ini ditakdirkan untuk menjadi kacak. Indahnya ciptaan-Mu ini. 'Arghh, Nia, jaga mata kau. Berdosa tengok anak teruna orang lama-lama.'
“Saya Nia Zulaikha. Call me Nia. Nice to meet you Mr Danial Lee.” Ujar Nia acuh tak acuh. Nia berlalu pergi tanpa mempedulikan Danial yang sedang bercakap sesuatu.
'Wahai encik mata cepatlah pejam. Selama ni duduk rumah mana pernah ada teman! Janganlah mengada-ada.' Mata yang begitu degil untuk dipejam memaksa Nia keluar ke ruang tamu. Syarikat betul-betul membazir mengambil vila ini untuknya. Dua bilik dan dua tandas. 'Aku datang sorang bukannya dengan member lain. Harga pun confirm mahal.'
Siaran televisyen yang sememangnya tidak menarik menambah lagi tahap kebosanan Nia. Dia berjalan di dalam vila. Sekejap ke dapur. Sekejap ke bilik utama. Sekejap ke biliknya yang berada di hadapan. Nia tidak berani untuk tidur di bilik utama yang bertentangan dengan laut. Sliding door yang ditutup dengan curtain berwarna putih jarang-jarang, sudah cukup membuatkannya rasa seram sejuk.Fikirannya membayangkan semua ‘makhluk’ yang pernah dilihatnya di kaca tv. Walaupun itu semua hanya lakonan dan gambaran semata-mata, perasaan takut begitu payah untuk disingkirkan dari mindanya. Nia berlalu ke ruang makan. Kerusi ditarik lalu punggungnya dilabuhkan. Dia melihat kawasan sekeliling. Bunyi orang sedang berkaraokae dari vila sebelah membuatkan dia rasa selamat. Sekurang-kurangnya vila di sebelah berpenghuni. Nia mengalihkan pemandangan ke arah kolam yang sederhana luasnya. Kolam yang disediakan untuk setiap vila memberikan privasi terutamanya untuk yang beragama Islam. 'Eh, baru pukul 9.30. Awal lagi ni. Hmmm, terjun kolam pun best jugak ni.' Nia melangkah ke biliknya. Baju tidur satin berwarna hijau lembut itu berganti dengan tube top berwarna hitam dan seluar pendek berwarna putih paras paha. Memang sengaja dibawa kalau-kalau dia berminat nak bermain air.
Selesai menukar pakaian, lampu di kolam dibuka. Sliding door ditolak. Kakinya direndam terlebih dahulu untuk membiasakan suhu sejuk dengan tubuhnya. Kemudian kakinya memanjat turun tangga untuk masuk ke dalam kolam. Sebaik tubuhnya berada di dalam kolam, dia terus berenang. Walaupun kolam yang berbentuk segiempat tepat itu tidaklah seluas mana, Nia berasa puas kerana  sudah lama dia tidak berenang untuk melepaskan stress. Setelah berpindah dari rumah mama, dia tidak berpeluang lagi untuk berenang. Kolam renang di kondonya sentiasa sesak selepas waktu berkerja. Dia juga tidak selesa untuk berenang dengan orang ramai di sekeliling.

Kalau rajin tu comment la. Thanks.

No comments: