Sunday 30 September 2012

I Heart You (4)


NIA terjaga dari tidur apabila terasa kapal terbang bergegar dengan kuat. Sudah tentu cuaca tidak begitu baik. Kapal terbang juga terpaksa meredah awan yang mengandungi air. Sleeping mask ditanggalkan. Dia separuh menjerit apabila wajah lelaki di sebelahnya begitu hamper dengannya. Rupa-rupanya dia tertidur di atas bahu lelaki itu. 'Ya Allah, malunya! Apahal dengan kau ni Nia? Dah hilang akal ke?' Makanan yang  berada dihadapannya langsung tidak menyelerakan. 
Wajah lelaki di sebelahnya dipandang. Dia bergerak dengan perlahan agar tidak menganggu lena lelaki itu. Seraut wajah yang berkulit cerah itu dipandangnya. Hidungnya mancung. Bibirnya berwarna merah jambu menandakan dia tidak merokok. Badannya sasa dan semestinya berotot. Lelaki di sebelahnya memakai kaca mata ala-ala old school berwarna koko gelap dan tidak berlensa. Bingkai itu semestinya untuk hiasan semata-mata. ‘Dia tiru Korean style ke? Alahai, jambunya!'  Baju kemeja berwarna biru muda yang membalut tubuh lelaki itu dipadankan dengan seluar straight cut berwarna hitam.  'Alahai, macam sedondon pulak. Aku pakai baju kemeja berwarna biru dengan jalur putih dan seluar potongan straight cut berwarna hitam. Warna kasut je tak sama. Dia dengan kasut hitam, aku dengan flat shoes kesayangan.'
“Kenapa awak pandang saya? Muka saya macam alien ke?” soal lelaki itu bertubi-tubi. Wajah Nia bagaikan berjemur di bawah matahari, merah menahan malu. 'Kantoi la, anak dara tengok anak teruna atas bawah macam tukang tilik!'
“Siapa tengok awak? Jangan perasan boleh tak? Saya tengok pramugara tu, handsome. Bukan macam awak!” gumam Nia. Lelaki di sebelahnya tersnyum. 'Cover malu la tu!'
“Eh, saya rasa saya lagi handsome dari dia. Dia tu gelap sedikit dari saya.” kata lelaki tersebut mempertahankan wajahnya.
“Biarlah. Lelaki kalau kulit putih mesti jambu. Eeee.” Sengaja Nia menambah ‘perencah’ agar lelaki itu sakit hati. Entah kenapa, dia tidak senang melihat lelaki itu tersenyum.Miang semacam!
“Zafran!” lelaki itu bersuara. Tangannya melambai memanggil pramugara di hadapan. Pramugara itu menoleh dan memberikan senyuman. Dia berjalan ke arah kami. Lelaki di sebelahnya rancak berbual seperti mereka sudah mengenali di antara satu sama lain.
“Dia cakap, awak handsome!” mata Nia segera membulat. 'Dia ni apa hal? Nak jatuh kan air muka orang pun berpada-pada lah!' Pramugara tersebut tidak membalas apa-apa, sebaliknya menunduk hormat dan memberikan senyuman.
“Okay Zafran, continue your work. Saja nak bagitahu you.” pramugara  itu berlalu pergi setelah menunduk hormat. Lelaki di sebelahnya menarik senyuman kemenangan.
“Awak ni kenapa? Awak rasa tercabar ke? Saya tak kisahla awak ni anak VIP or VVVVVVIP sekalipun. Apa hak awak nak menjatuhkan air muka saya?” Nia menjeling memandang lelaki di sebelahnya.
“Up to you nak kata apa pun. Mulut saya, suka hati saya la. I’m glad if you wish to change your seat.”sengaja lelaki itu menyimbah minyak tanah ke atas api yang membara. Tanpa menunggu lama, beg tangan di atas ribaan lelaki itu. Pramugari yang baru sahaja melintasi mereka dipanggil.
“I want to change my seat.” Pramugari itu memandang lelaki di sebelah Nia. Dia tahu, ini pasti kerja lelaki itu. Sudah banyak kali lelaki itu membuat kacau di atas pesawat. Walaupun usianya sudah hampir mencecah angka 30 pada tahun hadapan, lelaki itu berperangai seakan budak-budak.
“I’m sorry miss.” Ujar pramugari itu meminta maaf.
“I don’t mind if I have to change from business class to economy class. Please show me the way.” Pramugari itu menahan Nia daripada melangkah  keluar.
“I’m sorry miss. It’s beyond our limit. I’m sorry for the inconvenience.”
“No, it’s okay. I won’t make any report about this. But please change my seat.”
“Dah orang cakap tak boleh tu, duduk aje la. Tak paham bahasa ke?” lelaki di sebelahnya bersuara.
“Awak yang nak saya tukar tempat kan?” Nia memandangnya dengan wajah yang tidak puas hati.
“Miss, our flight will land  in a few more minutes. Please sit and fasten your seatbelt.” Nasihat pramugari di sebelahnya. Nia memandang pramugari tersebut. 'Nasib baik dah nak landing. Kalau tak, memang aku redah masuk economy class dah! Geramnyaaa!' Nia mengalah dan kembali duduk di tempatnya.
Perasaan takut ketika kapal terbang mendarat ditepis. Hilang semua gambaran buruk apabila amarah menguasai hatinya. Lelaki di sebelahnya masih seperti biasa. Tiada perasaan bersalah.

Kalau rajin tu comment la. Thanks.

1 comment:

Anonymous said...

cerita awk mnarik..good job!