Sunday 30 September 2012

I Heart You (2)


NIA, nanti you ambil tiket dari Yuni. I dah tempah untuk you.” kata Imran kepada Nia ketika dia melintasi bilik Nia.
“Tiket? Pergi mana?” soal Nia. Imran tersenyum.
“Karambunai. Ada seminar dua hari dekat sana. Actually you, Daren and Elly kena pergi. Tapi Daren ada presentation dengan Tan Sri esok. Nak postpone tak boleh. Tan Sri minggu depan dah nak pergi LA. Elly pulak ada appointment dengan tiga pemegang saham syarikat hari Rabu. Hari Khamis dia fly to Hong Kong. Nak tempah design tile yang kita pilih tu.” wajah Imran seperti menaruh harapan yang menggunung terhadapnya.
“You?”  soal Nia sambil mengangkat keningnya.
“Tak boleh. Esok bakal mak mertua I nak datang rumah family I. Nak tumpang dua hari. Saudara diorang ada kenduri dekat Puchong. Kalau I tak ada, apa pulak diorang cakap nanti. Kan? Lagipun, hanya you aja yang boleh pergi. Takkan nak suruh Yuni? Dia bukannya tahu pasal projek ni semua.” Imran menarik senyuman.Nia menjeling memandang Imran.
“Habis tu..kucing kat rumah I, siapa nak bagi makan? You? I tak ada maid macam you.”
“Wahai cik Nia Zulaikha bt Muhammad Naim, you jangan nak pusing I. You kan allergic dengan kucing? Nak kelentong tu berpada-padalah ya. Dahla, I nak masuk meeting room ni. Jangan lupa beli ole-ole tau. Beli untuk I and Nadia. Kalau boleh nak yang mahal-mahal and exclusive! Thanks!” Imran melangkah keluar.
Nia melangkah keluar dari biliknya untuk berjumpa dengan Yuni.
“Yuni, mana tiket yang Imran tempah untuk saya?” soalnya dengan lembut. Yuni berfikir sejenak sebelum membuka laci di belakang mejanya. Laci paling  atas dibuka. Sampul surat berwarna koko bersaiz A4 diambil.

“Ticket to Karambunai. Right?”soal Yuni. Nia mengangguk. Sampul surat tersebut dibuka. Dia membelek tiket penerbangan dan beberapa info yang diselitkan bersama.
“Saya kena pergi berapa kali ni?” soal Nia kehairanan apabila tiket penerbangan yang ditempah secara online dan dicetak sebanyak 10 keping untuk tiket pergi dan balik. Sepatutnya dua sudah memadai. Terlebih cetak? Setiap tiket itu tercetak namanya tetapi tarikhnya berbeza-beza.
“Seminar tu sebulan sekali. Encik Imran kata, Cik Nia kena pergi lima kali means lima bulan berturut-turut. Saya sepatutnya register nama  Cik Nia, Encik Daren and Cik Elly. Tapi, Encik Daren dan Cik Elly tak boleh pergi first seminar. So, Mr Han suruh register nama Cik Nia sorang aje.” jawab Yuni bersungguh-sungguh.
“Kenapa tak letak nama Imran tu? Dia tu mengelat aje lebih. Bila kena outstation semua baling dekat orang.” bebel Nia dengan penuh perasaan. Tanpa Nia sedar, Yuni ketawa kecil mendengar bebelannya.
“Maaflah Cik Nia, itu di luar kuasa saya. Lagipun saya hanya menurut perintah. Maklumlah, saya bukannya berpangkat besar.” Yuni berkata perlahan. Nia merasa serba salah apabila Yuni berkata sedemikian. Dia bukan ingin mengecilkan hati Yuni, dia ingin meluahkan perasaan geramnya terhadap Imran yang selalu mengelat.
“Yuni, saya tak berniat nak kecilkan hati awak. Saya minta maaf. Saya bukannya nak marah awak, saya cuma tak puas hati dengan Imran. Saya minta maaf banyak-banyak dengan awak.” Nia bersuara. Nadanya bercampur dengan perasaan kesal kerana tidak menjaga percakapannya.
“Laaa, Cik Nia ni ke situ pulak. Saya cakap macam tu sebab saya rasa kelakar bila Cik Nia mengutuk sakan Encik Imran. Ni first time saya nampak Cik Nia tak berpuas hati,” balas Yuni dengan sebaris senyuman.
“Saya minta maaf la kalau saya pernah kecilkan hati awak. Saya ni kalau tengah panas hati memang main sembur aja.” Yuni ketawa lagi. Dia hanya tersenyum manis.
“Takpelah, Cik Nia. Saya nak naik atas. Puan Reena nak jumpa. Saya pergi dulu ya. Assalamualaikum.” Yuni berlalu pergi setelah member salam. Salam dijawab di dalam hati. Rasa bersalah masih menyelubungi mindanya. 'Mulut aku ni pun satu hal, ada ke patut celopar semacam. Tak pasal-pasal sakit hati pulak si Yuni.'



Kalau rajin tu comment la. Thanks.

No comments: