Sunday 30 September 2012

I Heart You (1)


Kringg! Kringg! Kringg! Kringg!
“Isy, orang baru nak mimpi bercuti di Jepun,” dengus Nia. iPhone di atas meja lampu dicapai. Nia menyentuh skrin telefon pintarnya. 7:00 pagi. 'Awal lagi ni. Siapalah yang set alarm awal sangat pada hari Isnin yang indah ini? Isnin??'
“Ya Allah, aku dah lewat ni!” Nia meluru masuk ke dalam bilik mandi. Beberapa saat kemudian pintu tandas dibuka kembali. 'Terlupa nak ambil tuala!' Setelah tuala berwarna hijau lembut dicapai dari almari, Nia berlari anak ke bilik mandi. Sepuluh minit kemudian Nia keluar dari bilik mandi dengan tuala yang membalut tubuhnya. Pintu almari dibuka. Nia memilih beberapa pakaian yang dirasakan sesuai. Akhirnya, kemeja lengan panjang berjenama Topshop berwarna biru iaitu warna kegemarannya digandingkan dengan sehelai seluar straight-cut tailor berjenama Mango berwarna hitam menjadi pilihannya. Selesai berpakaian, Nia menghias wajahnya dengan pelembap bibir. Nia sememangnya tidak menggunakan make-up walaupun seminima bedak asas kerana wajahnya begitu sensitive dengan make-up. Perfume kegemarannya disembur di pergelangan tangan dan leher. DKNY Be Delicious dibelinya ketika dia melancong ke Paris bersama abang dan adiknya dua bulan lepas.
Nia berlari dari biliknya ke ruang tamu. Kunci kereta dan handbag dicapai. Seketika kemudian, Nia kembali ke biliknya untuk mengambil komputer ribanya. Selesai memeriksa barangnya, dia memilih sepasang kasut tumit tinggi berwarna dark brown. Pintu rumah dan grill dikunci. Nia berjalan sedikit laju ke arah lif. Nia menekan butang anak panah menghala ke bawah.
TINGG! Nia berjalan ke dalam perut lif. Butang ‘G’ ditekan. Sebaik sahaja Nia tiba di tingkat bawah iaitu tempat mermarkir kereta untuk pemilik kondo, dia menerpa ke arah keretanya.Enjin dihidupkan. Kemudian kereta Honda Jazz berwarna merah pekat miliknya meluncur laju.




“Yuni, boss dah masuk?” soal Nia separuh berbisik sebaik sahaja dia berada di hadapan meja receptionist pejabatnya, Nur Yuni.
“Belum lagi. Lyn kata, boss masuk lepas lunch hour. Dia nak visit site pagi ni,” Nia menghembuskan nafas lega. Jam di dinding dikerling. 8:30 pagi. 'Huh, rekod buruk la. Lewat 30 minit pulak tu.'
Thanks Yuni. Nanti lunch saya belanja. Saya masuk dulu ya,” Nia meminta diri. Belum sempat dia melangkah, Yuni memintas.
“Tak apalah. Hari ni saya ada lunch date dengan tunang saya,”
“Tak  apa. Bila-bila awak free, just tell me. Saya rasa terhutang budi dengan awak. Lagipun saya jarang keluar dengan awak.” Yuni hanya tersenyum seraya mengangguk. Nia melangkah masuk ke dalam biliknya.

SEBAIK sahaja Nia melabuhkan punggungnya di atas kerusi, iPhone miliknya meronta. Lagu Jason Mraz-I Won’t Give Up berbunyi menandakan ada panggilan buatnya. Butang ‘answer’ disentuh. Panggilan bersambung. Ketika Nia ingin berkata ‘hello’panggilan dimatikan. Mungkin tersalah nombor. Nombor pemanggil juga tidak berada di dalam contact list. Nia menghidupkan komputer riba DELL berwarna putih yang dibelinya beberapa bulan lepas.  

“Why are you late?” sapa satu suara keras dari pintu biliknya.
“Err.. Mr Han….,” Nia bangun dari tempat duduknya.Terkejut dengan suara Mr Han yang keras.
“Hahaha..I’m  sorry  darling. Joking,” Mr Han ketawa. Sengaja nak mengusik Nia. Dia ternampak Nia yang kelam-kabut berlari dengan kasut tumit tingginya di lobby.
“Its not funny. You make me out of breath, Mr Han.” Wajah lelaki cina yang berusia dalam linkungan awal 40-an itu dipandangnya.
“Lunch date with our client from Bersama Holdings today. Remember?” Nia mengambil iPhone dan menyemak jadualnya. Sungguh dia terlupa akan perkara itu.
“Thanks God that you remind me. Ingat nak pergi site tadi. “ Nia tersengih menampakkan sebaris giginya yang teratur. Mr Han ketawa besar melihat Nia yang Nampak serba tidak kena.
“Okeyla, continue your work. I nak balik bilik. Oh ya, esok petang ada small meeting at my room. Only me, you and Tan Sri about Taman Hijau dekat Ampang tu. Bawa floor plan yang you tunjuk hari tu.”  Nia mengangguk. Mr Han senyum dan berlalu keluar. iPhone dicapai untuk mencatat pesanan dari Mr Han.












Kalau rajin tu comment la. Thanks.

No comments: